Sunday, May 2, 2010

Sempena Hari Belia 2010


Kejohanan Futsal dan Bola Jaring

sempena

Hari Belia Malaysia 2010
pada
15 Mei 2010

di
Padang Awam Felda Keratong 6



Ayuh! saksikan kejohanan terhebat ini. Johan akan menerima wang tunai RM500. Dimeriahkan lagi dengan persembahan Kugiran Anak Muda yang dijemput khas. Pelbagai acara hebat menanti anda. Datanglah beramai-ramai!!!

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Faharul 0192051379
Majid 0175282957
(beliau berdua bukan hensem mane pon. Jadi tolong jangan main-main semasa membuat panggilan. Harap maklum)

Wednesday, June 24, 2009

Keratong 6 VS Keratong 3


Petang tadi, Belia Felda Keratong 6 telah berkunjung ke Felda Keratong 3 untuk perlawanan bola sepak persahabatan. Jersey Belia kami begitu usang dan retro. Jika ada pihak yang bersimpati silalah tampil untuk memberi bantuan(ayat membodek). Keputusan perlawanan adalah seri 2-2. Perlawanan timbal balik mungkin diadakan pada minggu hadapan. Ayuh kita ganyang Keratong 3. Agi Idup Agi Ngelaban. Tolong kurangkan menjentik karom dan memikat burung di hutan. Turunlah ke padang untuk berlatih agar pasukan kita lebih mantap!!

Keratong Menjerit!!!



Belia (F) Keratong 6 bakal menghantar sebuah motosikal yang telah diubahsuai untuk memasuki Kejohanan Jempol Drag Race yang bakal diadakan pada 4Julai 2009. Motosikal tersebut telah diubahsuai di Bengkel Tok n Cerot Tuner. Marilah kita memberi sokongan kepada Samsuri yang bakal menggegar Jempol dengan jentera perangnya. Jumpa anda disana!!

Thursday, June 18, 2009

Perlawanan Bola Sepak : Chanis VS Muadzam Shah


Pada 18 Jun 2009, Persatuan Belia (MBF) Keratong 6 telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Muadzam Shah FC. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Muadzam Shah FC dengan jaringan 3 gol berbalas 2 gol. Sepanjang minggu ini pasukan bola sepak Persatuan Belia (MBF) Keratong 6 akan menerima kunjungan dari pasukan Belia Cenderawasih dan Belia Felda Keratong 2. Diharap penduduk setempat turun memberikan sokongan. Majulah sukan untuk negara.

Monday, June 8, 2009

Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Chanis 2009








Baru-baru ini Persatuan Belia (MBF) Keratong 6 telah berjaya menganjurkan Pertandingan Sepaktakraw terbuka Chanis 2009. Sebanyak 36 pasukan telah mendaftarkan diri sebagai peserta. Terdapat juga pasukan yang dijemput khas iaitu dari daerah Pekan dan Jerantut. Pasukan Remaja Rompin telah menjadi johan. Tahniah dan syabas diucapkan. Terima kasih diucapkan kepada krew-krew yang terlibat sepanjang kejohanan. Tidak lupa juga Cikgu Jef selaku Pengadil bersama empat cikgu yang lain dan Cikgu Zulfa yang telah banyak membantu menjayakan Kejohanan in

Monday, November 3, 2008

Selamat Datang ke Persatuan Belia Chanis

Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog persatuan ini. Segala maklumat mengenai perjalanan terkini persatuan ini akan cuba dimuatkan kedalam blog ini. Cadangan daripada belia-belia Chanis adalah amat dialu-alukan bagi memperkasakan lagi belia-belia di Chanis.